Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Taman Cempaka Johor Bahru merupakan perumahan pangsa kos rendah dibawah pengurusan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ).

Program perumahan kos rendah Taman Cempaka ini adalah merupakan salah satu aktiviti yang mendapat perhatian utama dari kerajaan (khasnya kerajaan Negeri Johor Darul Takzim) dimana kerajaan telah memperuntukkan belanjawan yang banyak setiap tahun demi untuk memenuhi keperluan perumahan rakyat dan mencapai matlamat dasar perumahan negara. Kawasan perumahan Taman Cempaka ini mula didiami penduduk pada sekitar tahun 1985 dan masih lagi didiami sehingga kini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Program Asas Deko Krim Kek

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2018

Dapat mengeratkan silaturrahim antara PI dengan komuniti Taman Cempaka dan dapat mengenali dan mempelajari bahan bakeri dan alatan bakeri... baca selanjutnya

Program Jamuan Raya Tema Potluck Kuih Raya

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2018

Program ini dijalankan adalah sempena dengan menyambut Hari Raya Aidilfitri disamping dapat mengeratkan lagi hubungan dengan Ahli Pusat Internet dan Bukan Ahli pusat Internet... baca selanjutnya

Program Kreativiti Membuat Kad Raya

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2018

Dapat mengeratkan silaturrahim antara pi1m dengan komuniti Taman Cempaka dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menguji kemahiran seseorang dalam kreativiti membuat kad raya sempena raya bakal tiba... baca selanjutnya

Program Latihan Keselamatan Kebakaran & Cara Penggunaan Alat Pemadam Api

Aktiviti Terkini | 29 April 2018

Bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan tentang kebakaran dan cara mengatasi ketika berlaku kebakaran... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Taman Cempaka 2018

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Bertujuan penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran dan penglibatan Pi1M terdekat dapat merapatkan lagi ukhwah sesama staff Pi1M dan dapat bekerjasama dalam sesuatu program... baca selanjutnya

Program KDB di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2018

Bertujuan melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak di SMK Ayer Baloi

Aktiviti Terkini | 10 Januari 2018

Dapat melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru(bijak internet)... baca selanjutnya

Program KDB di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi(Anjuran Bersama CMCF)

Aktiviti Terkini | 4 Januari 2018

Bertujuan melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet... baca selanjutnya